Wednesday, March 18, 2009

ada apa dengan CINTA...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan
hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Teman yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu
apa yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan, sehinggalah ‘ia’ datang…
manusia sering lupa apa yang mereka ada
dan terus mencari apa yang tiada.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan…


Mencintai tidak bermaksud memiliki,
Dan.. memiliki tidak bermaksud menakluki


Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang,
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin
menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan
dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam
hampir apa saja yang datang
di dalam perjalanan hidup mereka.


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.


Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan,
anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.


Sampaikan pada sebanyak mana orang yang
tersayang, tanda peringatan
anda pada mereka.


WASSALAM…

1 comments:

...: muRn! aQ!La :... March 19, 2009 at 6:20 AM  

pergh...
terbayang2 ko yg tgh bisikkan madah2 ni.
sambil meleleh gitu.
wakahahaha....
mcm x caye pun ade.
nak tau ape yg ada pada cinta?
cinta ada huruf C..I..N..T..A..
kuikuikui...
cayalah!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP