Sunday, October 31, 2010

Warkah Peringatan Bagi Yang Berfikir...


" seorang yang pesimis akan merungut tentang arah angin.
seorang yang optimis akan menjangka bahawa arah angin itu akan berubah.
seorang pemimpin pula akan memperbetulkan layarnya.- John Maxwell.


Setiap orang mampu berfikir..namun tidak semua orang mampu berfikir dalam erti kata yang akan membuahkan peringatan atau zikir dalam kehidupan.

1. Fikir Mencari Hikmah

Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Keupayaan fikiran kita tidak mampu untuk mengetahui hikmah sebenar setiap peritiwa yang berlaku. Namun, kita mampu untuk mengambil iktibar yang baik sebagai pengalaman, pengajaran dan semangat atau prinsip hidup kita dalam kehidupan.

Harta benda,kekayaan, pangkat kedudukan,isteri & anak, kesihatan, tubuh badan, pancaindera, masa kehidupan merupakan pinjaman dan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.

Hanya hati yang tenang dapat melalui ujian tersebut dengan baik. Ingatlah, tidaklah kaya itu dengan kaya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.


Firman Allah

"ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
-Ar-Ra'd: 28


2. Fikir Mencari Prinsip

a. Memberilah,nescaya hatimu akan tenang..
Memberilah apa yang kau miliki..harta,ilmu, kepakaran,masa dan tenaga bahkan senyuman dan kata-kata doa yang baik..nescaya hatimu akan tenang dan gembira..jadikanlah prinsip hidupmu : "Erti hidup pada memberi"..nescaya kau kan dikasihi penduduk di langit dan di bumi.InsyaAllah.

b. Berubahlah..paksa dirimu berubah lebih baik
Orang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal dirinya..halakan dirimu ke arah kejayaan..kejayaan dalam pelajaran, bisnes, pekerjaan dan sebagainya. Tetapkan target sasaran dan matlamat, kemudian paksa dirimu bekerja ke arahnya..

"orang beruntung ialah yang hari ini lebih baik dari semalam.."

"berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian"


"kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

"memulakan sesuatu itu adalah hebat,
tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat"


"cara yang terbaik untuk menggerakkan diri anda ialah dengan memberikan tugas kepada diri sendiri"

c. Kawallah kemudimu..bukannya arah angin
Kita mampu untuk mengawal diri kita kemana kita ingin tuju..sekiranya kita ditimpa musibah atau kekalahan, kita mampu untuk terus menangis, bersedih sepanjang masa dan berputus asa atas rahmat tuhan..namun kita juga mampu untuk terus bangkit daripada kekalahan, mencari kekuatan diri dan membina kehidupan baru yang lebih baik..renungkanlah sahabatku...


Akhir kata, Fikirlah mencari Zikir.Semoga kita temuinya. InsyaAllah.
Sekian..

Ketika ALLAH berkata TIDAK!!!

“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!”
Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!”
Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”

“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku.”
Allah berkata, “Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. ”

“Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya. Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. ”

“Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!”
Allah berkata: “Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. ”

“Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!”
Allah berkata, “Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. ”

“Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. ”

“Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!”
Allah berkata: “Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku kelak. ”

“Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat.”
Allah berkata, “Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara. Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. ”

“Ya Allah, kabulkanlah semua doaku”
Allah berkata: “Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu memilikinya. ”

Kadang kala kita berfikir bahawa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-petang-siang-malam, tapi tak ada hasil. Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali – orang lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan. Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan naik pangkat, tapi tiba-tiba orang lain yang mendapatkannya tanpa susah payah.

Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan. Kita menginginkan harta yang banyak, namun masih tidak cukup.

Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam selsema, lalu kita melihat penjual aiskrim. Anak yang sedang panas badannya merasa haus dan menganggap dengan minum aiskrim dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil).

Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim itu. Ibu bapa kita tentu lebih tahu aiskrim boleh memburukkan lagi penyakit kita. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan. Ibu bapa kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum aiskrim yang lazat itu.

Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu. Maka, sembuhkan dulu “selsema” dan “demam” dalam diri kita itu dengan meningkatkan kesedaran diri.

Thursday, July 2, 2009

I'm getting OLD!!!

HEPPY BESDAY TO ME...HEPPY BESDAY TO ME...HEPPY BESDAY TO SUHAIRI...HEPPY BESDAY TO ME!!!...waa....pakcik da tuooo....Today i'm 27 years old...

sedar xsedar aku da berusia lebih suku abad. cepat betul masa berlalu. terasa lagi masa kt skolah menengah dulu, sewaktu form 3...masa tu baru berumur 15 tahun. masa tu la aku betul2 da xsabar nk berumur 16 tahun sbb nak amik lesen moto. aku da xsabar2 sangat coz nak dapat motor dari janji bapak aku. then after that, xsabar2 plak nk turn 18 tahun sbb nk amik lesen keta. xsabar2 sbb bagi aku, bile da berumur 18 tahun ni, aku da bebas dari buku skolah dan aku da jadi seorang yang dewasa....cheh, dewasa konon...hamik ko, sekelip mata je da jadi 27 tahun. da semakin tua..waaa...



di ambang 27 tahun....^_^

Wednesday, July 1, 2009

luv this SONG!!!

huhuhh...lama da xupdate blog. lama bangat sampai berkulat blog aku ni. just wanna share my favourite song just now. really luv this song!!!!! layan bangat dgr lagu ni time2 jiwa tgh kacau especially wat masa ni...hehehe...




Tik,.,tik,.,.tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik,.,tik,.,.tik,.,.
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta

Tuesday, April 14, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. ‘Bolehkah saya masuk?’ tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ‘Maafkanlah, ayahku sedang demam’, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, ‘Siapakah itu wahai anakku?’ ‘Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,’ tutur Fatimah lembut.. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

‘Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,’ kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

‘Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?’, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. ‘Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.
‘Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,’ kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. ‘Engkau tidak senang mendengar khabar ini?’, tanya Jibril lagi.
‘Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?’
‘Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,’ kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ‘Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.’ Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

‘Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?’
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
‘Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,’ kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

‘Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.’
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. ‘Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’
‘peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.’

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

‘Ummatii...ummatii...ummatiii?’ - ‘Umatku, umatku, umatku’

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sunday, March 22, 2009

memburu di PULAU KETAM...

PANCING..PANCING..PANCING....huhh..lama da x plan trip memancing ke tempat2 yang best. sblm ni dok layan pancing kt kolam je. just utk lepaskan gian dan release tension. actually minat mancing ni da x hardcore cam dulu lagi da. kalo dulu kalau boleh tiap2 hari nak pegi. sampai orang panggil aku macha sbb kulit rentung giler....hehhe. tu dulu la. skarang x lagi kut. da putih berseri kembali sbb kene paksa pakai fair&lovely...:P...kui..kui..kui.... da xbest da nak pegi mancing skg ni sbb geng pancing aku sume sibuk memanjang. yang da kawen tu toksah cite la, bersara terus..huhh. sekarang ni pon kalo nk g mancing pon ikut mood je. kalo rasa nak pegi, aku akan pegi. then aku akan pegi mancing kalo betul2 tengah tension & stress. aku dapat rasakan tempat mancing la yang boleh tenangkan fikiran aku walaupon kadang2 tu tambah tension sbb xdapat ikan...hehehe.

Ok pembuka tirai untuk jadual memancing tahun 2009 ni aku mulakan cerita ke pulau ketam. ni pegi pon sbb member aku si mail sponsor. sponsor sbb aku da janji nk buatkan storybook untuk gambar2 kawen dia...hehehe. trip kali ni pegi masa masa bulan 1 raya cina lepas. xbanyak ikan yang saiz2 bagak trip kali ni. sekor je la yg besar pon...ibu gelama. walaupon ikan xgalak sangat, yang penting aku heppy...tu la tujuan sebenar aku g mancing. just for fun and release tension. tenang je fikiran bile da ada kt tengah2 laut tu. tambah tenang bile dapat tengok keindahan ciptaan ALLAH..tambah plak si mail, amrul and si man yg jadi pak lawak. bertambah2 heppy walaupon ikan xbanyak...huhh.



bertolak pas subuh...





masa untuk cari umpan mancing....udang idup.



breakfast time pas penat jala udang. ROTI CANAI!! best tol pekena roti canai kat tengah2 laut nih..



tu dia si man memulakan aksi....




lunch time pekena maggi..sedap seh!!! serius. lain feel makan kt umah ngan kat tengah laut nih. berselera sungguh...




ni dia hasil tunggal yang besar. si mail yang dapat sebenarnya. aku tumpang glamer je ngan ikan tu...hehehe.

Ni la sebenarnya nikmat memancing. dapat x dapat ikan tu tolak ke tepi. yang penting happy and ilang tension sambil menikmati keindahan ciptaan ALLAH SWT. subhanallah...... tak sabar tunggu untuk trip yang seterusnya...hehhh

Thursday, March 19, 2009

MU die hard fanz!!!

salam...ok, cerita pertama yang nak aku kongsikan dalam blog aku ni ialah pasal minat aku. Bile cerita pasal minat ni, tentu sekali la pasal hobi kan..hehhe. Banyak sebenarnya hobi aku nih...men game, tido, tgk orang, sepak kucing, music..bla..bla..bla...byk la cuma yang aku betul2 minat sejak dari kecik sampai skg adalah MEMANCING dan BOLA SEPAK. Untuk kali ni, aku nk bercerita pasal minat aku pada bola sepak dan tentu sekali la cerita pasal team favourite aku MANCHESTER UNITED!!!!

actually aku tersangat la frust dengan kekalahan MU kepada liverpool baru-baru nih. Kalah skit je xpe la gak, ni kene sampai 4-1!!! Perghh...panas ati beb!!! nasib baik aku xtengok game tu. kalo x, mmg stress!!! aku rasa aku nih mmg da tahap MU die hard fanz tahap gaban coz aku da xleh nk tinggalkan setiap perlawanan yang melibatkan MANCHESTER UNITED. Then bile MU kalah, benda tu akan effect 'luar & dalam' umpama frust bercinta la...cheewahh...hehh. orang kata frust menonggeng(walaupon da beberapa kali frust bercinta) ...hehehe. tapi betul tau, walaupun aku xrugi ape-ape dengan kekalahan MU, aku akan stress & it takes time to back to the normal. serius!! xtipu... cam kalah judi lak walaupun aku xberjudi...huhhh....cakap pasal liverpool ni kan, sebenarnya aku adalah fanz MU since dari zaman cantona lagi, then zaman beckham and banyak lagi la. Aku betul2 jatuh cinta ngan MU ni pas tgk gol volley cantona masa game MU lawan liverpool. kalo xsilap aku tahun 95-96 kot. sejak dari tu la aku terus ikut and tengok setiap game2 MU.

ok la, aku nak kongsi gak minat aku mengumpul barang2 yang ada cop manchester united nih. ni antara koleksi2 kesayangan aku yg aku kumpul sejak dari dulu lagi. Kalau nk kira kosnya, aku rs da mencecah ribuan RM da untuk mengumpul barang2 nih, tapi sbb minat punya pasal kan...xde hal la. lagipon aku tau koleksi-koleksi aku ni nilainya akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. cam beli rumah gak la. cuma aku rasa aku xkan jual kot sbb sayang beb!!! hehh...harap pas ni aku akan menggapai impian aku utk menjejakkan kaki ke old trafford. duit da ada da nk pegi manchester tu cuma....giler apo, xkan aku nk pegi sorang-sorang ke sana...cam sengal je kan....hehehe. yang pasti aku akan stadium old trafford satu hari nanti...VIVA UNITED!!


  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP