Monday, January 31, 2011

Surat untuk Calon Istriku

Buat calon istriku tersayang.

Rasanya aneh sekali yah ketika aku menuliskan surat ini untukmu. Kita sama-sama belum pernah bertemu, tahu namamu apalagi melihat wajahmu. Saya pun tak tahu siapa, dimana dan bagaimana rupa dirimu itu. Tapi satu hal yang aku yakini bahwa kamu ada dan nyata dihadapanku.

Calon istriku, sudah lama aku merindukan kehadiranmu. Telah lama aku menantimu dan terus mencarimu. Tetapi selama ini yang aku temui adalah mereka yang hanya singgah sesaat lalu pergi, dan bukan kau yang akan abadi di sampingku seperti kehendak-Nya.



Calon istriku, engkau adalah belahan jiwaku, kekasihku, aku tak punya arti apa-apa tanpamu disisiku. Aku tak akan pernah bosan mencarimu. Saat ini, Dia masih saja menyembunyikanmu dariku.



Sayapun tahu, jodoh adalah suatu misteri yang telah Allah tetapkan bagi hambanya. Namun, aku yakin suatu saat kita pasti dipertemukan dalam situsi yang dianggap tepat oleh-Nya.



Calon istriku, Jika saatnya Dia telah berkenan mempertemukan kita, aku akan menjagamu, di sampingmu selalu, sampai batas waktu yang tak ditentukan. Dan akan menjalani hidup yang abadi juga bersamamu. Aku selalu sayang padamu, merindukanmu, kini dan kelak.



Siapapun engkau, aku yakin kau adalah orang yang sangat istimewa seperti doa-doa yang aku panjatkan selama ini kepada-Nya. EngKau pasti jauh lebih cantik dari mereka yang hanya selintas dalam pandangan mataku.



Aku menantimu selalu, wahai calon istriku. Semoga calon istriku dilindungi Allah SWT selalu. Engkau akan selalu ada dalam hatiku. Siapapun engkau, masih dirahasiakan Tuhan dariku.



Aku jatuh cinta padamu. Jika saatnya tiba, aku akan tahu bahwa itu adalah engkau, orang yang aku cari selama ini dengan hatiku. Aku akan tahu bahwa itu kau, dengan mata hatiku.



Salam dari calon suamimu…

Tuesday, January 4, 2011

ego....ego...ego.....

"it takes a second to know someone, a
 minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest
 of your life to forget your love ones."

mmg betul , sokong 100%!!! 

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan 
menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun 
kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Pepatah 
Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a
 minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest
 of your life to forget your love ones.



Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses 
kehidupan manusia lah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.
Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain 
kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan
 sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai 
cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang
 kemudiannya mungkin cinta sejati ......



Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin
 pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa 
cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi...... Namun aku bersyukur
 kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukan ku dengan 
insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.



Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang 
padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa 
cinta separuh mati kini. Walaupun baru ku tinggalkan hampir empat
 bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus ku
 kenang selamanya.



Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. Dia
 dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang 
insan. Dia, ku tinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku 
ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.



"Saya cabar awak."
 "Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar,
 which means in this three months time. It's just a challenge. If you 
aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me 
so much.. Well, what would you say?"



Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-
benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut 
cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad 
nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia
 menyentuhku, talak jatuh ke atasku.



Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku.
Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. 
Gila!!! Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan
 menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang 
dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka 
memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, 
suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan 
cabarannya.



Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku
 mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama. Hakikatnya aku 
tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya
 insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada 
keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan 
diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan
 formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia 
bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No
Sir!" dengan tegas. Aneh.. Entah mengapa, setiap kali dia menyebut 
namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.



Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan
 kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika 
sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku.
 Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam 
subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.



Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma 
bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada
 saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial,
 dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang 
menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya.
Kadangkala, terasa seperti diaibkan.



Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan 
tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang
mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan
 perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.



Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun 
dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian.
Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian 
kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling 
mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.



Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya
 menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala 
cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami
 menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di
khalayak ramai.



Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. 
Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-
henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku 
akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.



Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-
rakan, kami di ijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum 
senyum, aku sayu.



Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah 
aku? Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu.
Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada
 interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut,
 mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di
 dapur dan aku di hadapan televisyen ..... Aku menjalani kehidupan 
yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian 
bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat
 walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari. 



Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami
 menyedarkanku. . Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak
 mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku 
dibuatnya. Ku tegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang
tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku
 menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap 
badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala 
aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak 
menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?



Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan 
sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku 
terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas 
badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur 
di depan komputer pukul empat pagi.. Jam satu petang terjaga, aku
 panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku 
berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Ku semak hingga
 helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang ku lakarkan 
disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan
 gambarajah ... Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.



Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5.
 Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan,
 makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half
day today. So then, take care. Again, sorry.
 -Zhafran-



Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis,
 meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah! Tiga bulan 
sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu 
segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak 
mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke 
Glasgow.



Tanpa perasaan, ku nyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan
 alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian 
mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya ku beritahu tentang hasrat 
menyambung pengajian.



Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga 
ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan
 Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-
adikku dan tersenyum memandangku.



Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai
 giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, 
dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh.
 Perlahan-lahan ku tunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang.
 Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia
 berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak 
bahagia."



Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras
 mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan,
aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan
 menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. 
Namun hatiku benar-benar pedih.



Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, 
sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor
 Zhafran ku dail. Lama baru ku dengar suaranya. Hatiku pedih.



"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan 
membenci awak." Sir, i hate you. I have to since i realized that i've 
fallen into you the second you call out my name years ago and i can't
 believed it. "Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi
 Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya 
bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak 
untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas
 kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan
 saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak. "I'm sorry i love
 you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."




***************************************


Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati
 hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, 
dia sudah berubah, juga minta ku kembali padanya. Maaf, hatiku bukan 
lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran.
 Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.



Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga 
sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru.
 Melupakan? Semakin ku berusaha, semakin ku sedari betapa ku 
merinduinya.



Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim 
luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan.
Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! 
Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi
ku gosok, cuba mengesan sebarang perubahan.



"Langsung tak berubah, suka mengelamun."



Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang ku rindui
 itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu 
masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku.
Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.



"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. 
Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula.

"

Jantungku seolah terhenti. Ku tatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak 
selangkah ke belakang. Dia menghela nafas.

"Aisyah, awak tahu tak 
saya dah lama sayangkan awak?"


"Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa 
bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab
 itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah 
saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci 
saya. Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut. 
Tapi lain pula jadinya." Aku tergamam dengan penjelasannya. 



"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah 
cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak 
jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya 
terhadap awak."
Dia berhenti. 

"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak,
 memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak 
rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan 
awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

Matanya bergenang.

"Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya 
tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok 
awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok 
awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah 
sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."


Terdengar esakan..

"Aisyah, i need you, i love you so much. I can't
 be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your 
real husband again?"




Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air
 mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama ku terdiam, cuba mencerna kata-
katanya.

"

Aisyah, yes or no?" Lamunanku tersentak.

"Yes sir! I do!"



Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.



Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia
 kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan
 Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa
 kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia
 membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku 
sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua 
berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.



Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha 
memperolehinya ..... Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang
 disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan
 cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu,
 Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"

Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your
 help." 
"Yes sir!!"



sekian.

~ E . N . D ~

Sunday, January 2, 2011

BERSYUKUR dengan APA yang TIDAK DISUKAI

"Aku TAK SELALU DAPAT apa yang KUSUKAI, Oleh karena itu AKU SENTIASA MENYUKAI apapun yang aku DAPAT."

...Kata-Kata Diatas merupakan tanda wujudnya rasa SYUKUR di dalam hati.

Syukur merupakan rasa hati yang terpenting.


Dengan BERSYUKUR kita akan senantiasa diliputi rasa damai, tenteram dan BAHAGIA. Sebaliknya, perasaan TAK BERSYUKUR akan senantiasa membebani kita. Kita akan selalu merasa kurang dan TAK BAHAGIA.



Bersyukurlah bahawa kamu belum siap memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan ....Karena itu kamu telah membuat suatu PERBEDAAN ...



Seandainya sudah, apalagi yang harus diINGINkan ?



Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu ...

Karena itu memberimu kesempatan untuk BELAJAR ...



Bersyukurlah untuk masa-masa sulit ...

Di masa itulah kamu TUMBUH ...



Bersyukurlah untuk keterbatasanmu ...

Karena itu memberimu kesempatan untuk BERKEMBANG ...



Bersyukurlah untuk setiap tentangan baru ...

Karena itu akan membangun KEKUATAN dan KARAKTERmu ...



Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat ...

Itu akan mengajarkan PELAJARAN yang berharga ...



Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih ...

Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik...



Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur akan masa surut...

Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif...

Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu…

Dan semua itu akan menjadi BERKAH bagimu ...



Oleh : Lutfi S Fauzan

Petua Untuk Mendapat Pasangan

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Tuesday, December 28, 2010 at 3:17am



Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.



Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, akan menemukan anda dengan pasangan anda.



Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.



Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.



Cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.



Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.



Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Oleh itu, anda perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.



Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.



Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bilamasa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.



Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.



Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.



Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).



Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.



Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan.Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

Perigi Timba sama mencari

"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?" saya bertanya.



Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah SWT sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.



"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. Insyaallah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau.



Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.


"Cakap-cakap ni, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.



"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."



"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.



"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."



"Bagus, seharusnya macam itulah," balas saya. Menambah rancak perbualan.



"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.



Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua faktor insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.



Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah. Dijalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.



Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.



"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" tanya saya.



"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaallah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."



"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.



Tanggapan Masyarakat



Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari firman tertinggi, ayat-ayat cinta, al-Quran dan sunnah!



Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.



"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" cadangan "ganjil" saya.



"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.



Ya... perempuan meminang lelaki itu pelik bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.



Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri. Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah SAW dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya Baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.



Seganlah!



Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.



Yang wajib, tidak dibuat.



Yang sunat, dilihat wajib.



Yang haram, itu dipertahan!



Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.



Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!



Cara Menghubung



"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.



"Haa... ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.



Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal. Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat. Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?



"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah SAW juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.



"Biasanya, orang tengah itu siapa?"



"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."



"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."



"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."



"Hurmm..."



"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.



"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."



"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyaallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.



Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa core bisnes kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.



Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!



"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." - Surah An-Nur: Ayat 26



Biar memilih asal jangan salah pilih...



http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1393-manual-bercinta-perigi-timba-sama-mencari.html

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!



WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?



LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".



LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang

rusukku!!!"



Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.



LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi

sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.



Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.



LELAKI: Apa khabar?



WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?



LELAKI: Belum.



WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.



Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...



Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan

menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.



Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima??



~ E . N . D ~

Pemergian isteri solehah yg membahagiakan suami

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungggggguuuhhhh...... bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya. Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia.


Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.


Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini." Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu... Si suami meneruskan kata-katanya:



" Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.


Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Rasulullah s.a.w; "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga." Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagiaan dan kegembiraan yang ku rasakan ini.


Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhaan-Nya.



~ E . N . D ~

~Ya Allah ~

Ya Allah

Pagi ini kuhadapkan tubuh dan wajahku kepada-Mu


Bacaan demi bacaan terucap dari mulutku


Namun ternyata…


hati ini tak tertuju pada-Mu



Ya Allah…


Sebelum makan pagi kusebut nama-Mu


Setelahnya pun terucap doa dari mulutku


Namun ternyata…


itu semua hanya ucapan belaka


Sedang hati ini melayang jauh entah kemana



Ya Allah…


Ditengah hari tadi ku berjamaah menghadap-Mu


Doa-doa itu kembali kuulangi dan kubaca


Namun ternyata…tak satu persen pun hati ini ingat kepada-Mu




Ya Allah…


Petang tadi Engkau kembali memanggilku


Kudatangi tempat orang berkumpul untuk menghadap-Mu


Dalam rukuk dan sujud, doa -doa itu kembali terucap diluar kepala…


Pun hingga aku berangkat ke pembaringanku…


Ternyata … lagi-lagi…


tak tertaut sama sekali hati ini kepada-Mu…


Astagfirullah…


Beri hambamu ini waktu lebih lama…Ya Robb…


untuk memperbaiki diri


Untuk aku ingat kembali padaMu



~ E . N . D ~

Erti Kebahagiaan....

by Abu Hanifah on Tuesday, December 28, 2010 at 11:42pm

Jika ditanya, semua orang ingin hidup bahagia. Namun malangnya tidak semua bahkan terlalu sedikit yang mengecapi erti kebahagiaan yang sebenar. Kenapa?

Ya, tidak semua manusia benar-benar memahami, apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Dan tidak semua yang mengetahui erti kebahagiaan itu tahu pula jalan untuk meraihnya.

Ada yang menyangka kebahagiaan itu terletak pada harta kekayaan lalu seluruh masanya dikorbankan untuk mengumpul sebanyak mungkin harta. Suami isteri turun ke medan perniagaan dan kerjaya hingga anak-anak dibiarkan kesunyian dan hidup kekosongan. Tidak ada masa yang diperuntukkan untuk bersama-sama mereka apatah lagi untuk bergurau senda dan berkasih mesra. Senyuman bukan lagi untuk anak-anak tetapi hanya untuk rakan perniagaan dan pelanggan. Jika ditanya kenapa semua itu berlaku maka jawapannya “Demi untuk kebahagiaan keluarga tercinta”.

Ya. demi kebahagiaan keluarga tercinta anak-anak ditingalkan di villa mewah dengan segala kemudahan dan kemewahan. Namun malangnya, anak-anak melihat mahligai itu umpama penjara jiwa yang penuh dengan kesunyian dan kekecewaan. Anak-anaknya lalu keluar menerokai malam lalu terdampar di kelab-kelab yang menawarkan keseronokan sementara untuk melupakan pedih dan sunyinya kehidupan. Mereka meneguk minuman yang mematikan jiwa agar jiwa tidak lagi terasa pedih melihat kehidupan atau kecewa merenung masa depan. Segalanya ingin dilupakan dan segala keperitan terpaksa ditelan lalu ditanya padanya, apa semua ini? Katanya “Ingin mencari kebahagiaan”.

Jadi dimanakah letaknya kebahagiaan? Bagaimana cara untuk menggapainya?

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah antara manusia yang diuji dengan ujian yang luar biasa. Ada yang diletakkan besi panas pada dadanya hingga mengeluarkan lemak dan lemak itu lalu memadamkan bara api. Khubaib Ibnu Adi RA di kerat anggota badannya satu persatu hingga menemui kematian. Mus’ab bin Umair hidup dalam serba kekurangan, sehari makan sehari berlapar dan berbagai bentuk kepayahan dan penderitaan yang mereka lalui. Ya, dari sudut fizikalnya mereka menderita dan hidup dalam kesempitan tetapi apa yang ada dijiwa mereka? Ketenangan, kepasrahan, lapang dada dan kepuasan dengan kehidupan dan pengorbanan.

Kita memiliki segala kemewahan dan kesenangan tetapi apa yang ada dihati kita? Keraguan, kegelisahan, keluh kesah, kekecewaan dan segala racun yang mematikan hati. Kenapa? Ya, mereka memilki iman; iman yang menghidupkan jiwa, iman yang melahirkan kekuatan dan ketahanan jiwa yang luar biasa. Iman mereka melahirkan keyakinan kepada segala janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT, Iman mereka membangunkan keyakinan kepada bantuan dan pertolongan Allah, Iman mereka menjadikan mereka bangga menjadi Mukmin dan menjadikan mereka hidup dengan kemuliaan dan mengorbankan segalanya untuk manusia bersama-sama mengecapi kebahagiaan yang mereka rasai. Mereka tabah mengharungi segala kepayahan dan tersenyum menghadapi kematian. Ya, mereka memiliki segalanya yang disebut KEBAHAGIAAN.

~ E . N . D ~

Jiwa Resah

by Abu Hanifah on Tuesday, December 28, 2010 at 11:55pm

Jiwa saya resah! Ya, sekarang ini jiwa saya terasa resah dan saya tidak tahu darimana keresahan itu datang.

Pernahkah anda merasakan perkara yang sama. Mari kita hayati keresahan yang menguasai jiwa kita. Mari kita menyelami lubuk jiwa kita. Pejamkan mata dan bayangkan kita berada di satu dasar yang gelap. Cuba kita tanyakan pada diri kita, dari manakah datangnya keresahan itu? Bukankah keresahan itu menguasai diri kita setelah KEYAKINAN kita digugahkan oleh KERAGUAN yang tiba-tiba menerpa.

Ya, di dasar jiwa kita ada satu pohon yang tumbang. Akarnya sudah reput dimakan usia seolah-olah telah lama tidak dibajai. Tanah disekitarnya kering kontang seolah-olah telah lama tidak disirami. tidak hairanlah pohon itu yang biasanya menjadi teduhan jiwa kita tumbang dan tersungkur ke bumi. Kita memandang keatas, kita tidak temui sumber cahaya yang menjadi sumber kehidupan. Pohon KEYAKINAN itu telah lama tumbang tetapi kita baru saja menyedarinya setelah kesibukan menjadikan mata hati kita tertutup lena.

Ketika tanah-tanah mula gersang dan tandus, lalang-lalang keraguan mula tumbuh dan menyerap saki baki baja yang pernah kita taburi dulu. Kekeringan menjadikan pohon KEYAKINAN kita layu dan hilang kesegarannya. Dari mana datangnya KERAGUAN itu? Ya, KERAGUAN itu tumbuh kerana KEGERSANGAN hati kita.

Hati kita KEGERSANGAN ilmu yang sepatutnya menjadi hujah-hujah yang membekalkan baja kepada KEYAKINAN kita terhadap Allah SWT. Sehingga kita tidak lagi merasai pemerhatianNya, meyakini KekuasaanNya yang mengatasi segala-galanya Juga tidak meayakini hari pertemuan denganNya.

Hati kita menjadi GERSANG kerana ibadah kita telah kehilangan ruh sehingga tinggal amalan rutin yang kita lakukan sambil lewa bahkan kita rasakannya ia sering mengendalakan waktu kita. sebahagian masa terpaksa kita peruntukkan padanya sedangkan kita terlalu sibuk.

Ya, kita memang sibuk dan kini KESIBUKAN itu telah merantai jiwa kita hingga kita hilang kemerdekaan yang selama ini kita miliki.

~ E . N . D ~

Wanita Sebaik-baik Ciptaan-Nya

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”


“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”


“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”


“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”


“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”


“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”


“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

Saturday, January 1, 2011

Wanita Pilihan Allah

by Abu Hanifah on Saturday, January 1, 2011 at 5:56pm

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” (Muttafaq Alaihi dan Imam Yang Lima). Dan dalam sabdanya yang lain;“Dunia adalah kesenangan sementara, dan sebaik-baiknya kesenangan dunia adalah wanita (isteri) yang solehah.”. (Muslim, an-nasa’i)

Banyak sekali ayat-ayat Allah dan hadits Rasulullah yang mengajarkan kaum wanita, agar mereka dapat menjadi wanita pilihan Allah, dan sebaik-baiknya perhiasan dunia.

Tentunya, dengan tulisan yang ringkas ini tidaklah mungkin kita hadirkan kajian ayat dan hadits yang sangat banyak sekali jumlahnya ..., tetapi dengan sangat mudah kaum wanita dapat bercermin melalui ciri-ciri akhlak mereka..



Beberapa ciri yang umum dari akhlak wanita pilihan Allah adalah ;

Sebelum menikah, wanita solehah akan selalu menjaga dirinya, ia tidak akan membuka satu hubungan khusus, kecuali jika ia mengetahui bahwa lelaki tersebut hendak meminang dirinya. Aqidah islam, kefahaman dan akhlaq calon suami, merupakan modal dasar dari kriterianya. Wanita solehah tidak akan memperlihatkan auratnya pada kaum lelaki yang dilarang oleh syariat , dirinya tidak akan pula membiarkan bahagian tubuhnya disentuh, walau hanya berjabat tangan oleh lelaki yang bukan muhrimnya dan yang tidak memiliki kepentingan.

Dalam proses perkenalan atau ta’aruf ia tidak akan membiarkan dirinya berdua-duaan dengan kaum lelaki. Menjawab salam, tidak berbicara kecuali hal yang mengarah pada kebaikan. Tidak menjatuhkan kehormatan dan martabatnya dengan memberikan peluang kepada kaum lelaki untuk mempermainkan dirinya. Tidak meminta harta mahupun barang apapun selain kesungguhan calon suami untuk mempercepat proses akad nikah.

Dan..pada saat menikah dan setelahnya, ciri wanita sholehah tercermin dari akhlaq mereka ;

Menerima mahar sesuai dengan kesanggupan calon suaminya, sebagaimana sabda Rasulullah saw,

“Wanita yang paling banyak berkahnya adalah mereka yang paling mudah maharnya”. (Ahmad dan Baihaqi).

Sentiasa taat dan melayani suami mereka selama perintah mereka tidak bertentangan dengan perintah agama. Mendahulukan kepentingan suami dari pada kepentingan dirinya. Dapat menjadi pendengar yang baik, lemah lembut dalam berbicara, menghibur, mendorong hati suami ketika dalam kesulitan dan kesedihan, memberikan ketenangan dalam rumah tangga, dan senantiasa memperhatikan penampilan, kebersihan, kecantikan dan menjaga kesihatan dirinya, dan istiqomah dalam beribadah...

Ketika suami tidak dirumah, dirinya tidak akan pernah memperbolehkan lelaki yang tidak dikenal atau lelaki yang tidak disukai oleh suami masuk ke dalam rumahnya.

Menjaga harta suami adalah bagian dari tugas isteri yang solehah, mengatur harta rumah tangga dengan tidak berlebihan dan tidak juga kikir adalah hal yang dianjurkan dalam agama. Menyelesaikan pekerjaan rumah tangga, menyediakan makanan yang sesuai dengan selera suami, memperhatikan seluruh keperluan suami, adalah bentuk pengabdian yang selalu bernilai pahala.

Sebesar apapun, ia sentiasa bersyukur atas apa yang diberikan oleh suaminya, tidak banyak mengeluh, sabar dalam menerima keterbatasan suami, tidak meminta sesuatu yang lebih dari kemampuan suaminya, menghormati orang tua suami, memperlakukan mereka dengan sikap terbaik, pemaaf dan pengertian, adalah sifat yang senantiasa ditunjukkannya.

Jika ia bekerja, maka ia akan menjaga dirinya dalam pergaulan, menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia, yang dapat mengantarkan dirinya dalam kemaksiatan.

Memberikan sedekah kepada keluarga dari hasil pekerjaannya. Wanita solehah adalah ikutan dari anak-anaknya, mereka akan memberikan teladan yang terbaik bagi anak-anaknya, sabar dalam mendidik anak, tidak mengeluarkan perkataan yang tidak patut untuk di contohi oleh anak-anak...

Setidaknya, inilah ciri-ciri akhlaq wanita solehah..tentunya, kesolehan itu tidak datang sendirinya, ia memerlukan proses...

Dan wanita solehah tentunya akan memilih lelaki pilihan Allah, yang bersama-sama mengantarkan dirinya melalui proses tersebut.. agar mencapai keberkahan dalam kehidupan dunia dan akhirat..

Wallahu’alam.


~ E . N . D ~

Panahan Seorang Wanita

by Abu Hanifah on Saturday, January 1, 2011 at 2:56pm


Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,



apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan tubuh badan yang ideal,



kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,



kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan tudung atau jilbab yang membentang dan labuh.



Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian,



apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah



suara yang merdu dengan irama yang mendayu kerana itu



tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja.



Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,



waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian



Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian,



kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,



hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.



Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,



maka jagalah amanah itu jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.



Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini,



hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,



kalian akan menjadi halal bagi kami.



"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb,



ampunilah daku.



Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,



untuk iman yang tak dipelihara,



lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,



Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,



kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,



Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...



~ E . N . D ~

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP